Turkovac vaksin tempatan Turki

ANKARA: Mulai semalam, 30 Disember, Turki mula memberi suntikan vaksin Covid-19 keluaran tempatan, Turkovac, di hospital-hospital seluruh negara.

Turkovac diberikan kelulusan bagi penggunaan darurat oleh pihak berkuasa Turki pada minggu lalu, selepas pelancarannya ditunda beberapa bulan. 

Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.menggesa penduduk supaya mendapatkan suntikan dos penggalak mereka berikutan lonjakan kes Covid-19.

“Tidak kira vaksin keluaran mana yang diterima anda sebelum ini, anda boleh mendapatkan dos penggalak Turkovac,” kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca.

Turki sudah menyuntik lebih 130 juta dos vaksin Sinovac dari China dan Pfizer-BioNTech.

Jumlah harian kes koronavirus di Turki melebihi 30,000 minggu ini, buat pertama kalinya sejak Oktober. Kes jangkitan baharu melonjak sebanyak 30 peratus pada 27 Disember dan naik melebihi 36,000 pada 29 Disember iaitu jumlah kes harian tertinggi sejak 29 April. 

Menurut Koka, penularan pantas varian Omicron tidak menyebabkan perubahan dalam langkah-langkah sekatan baharu.

“Lebih penting untuk mengambil langkah-langkah kendiri untuk melindungi diri daripada varian yang cepat menular ini,” kata Koka dalam kenyataannya. 

Presiden Recep Tayyip Erdogan sebelum in sudah berkali-kali mengatakan bahawa pemerintahannya akan menyediakan Turkovac untuk penggunaan seluruh dunia.

Bagaimanapun Ankara belum mendedahkan maklumat tentang kadar keberkesanan vaksin tersebut ataupun hasil dapatan ujian klinikal.

Related posts

Leave a Comment