819 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 31 Dis. – Jumlah kes harian Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan peningkatan dengan merekodkan 819 kes berbanding 752 semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, dua lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 556,236 dengan 8,877 meninggal dunia.

Sebanyak 239 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih meningkat kepada 541,853 orang.

Dalam kalangan kes aktif, sebanyak 54 orang dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment