Meningkat dua kali ganda di India

NEW DELHI: Jangkitan harian Covid-19 meningkat lebih daripada dua kali ganda sepanjang minggu lalu di India.

Pada Khamis, angka jangkitan harian di negara itu merekodkan 13,154 sekaligus mendorong Kementerian Kesihatan menggesa orang ramai untuk berwaspada.

Berikutan itu, sekatan dan perintah berkurung sebelah malam diumumkan di beberapa negeri India termasuk New Delhi.

Setakat ini, India mengesan 961 jangkitan Omicron di seluruh negara sejak kes pertama muncul pada 2 Disember dan 320 pesakit sudah pulih.

Hujung minggu lalu, Perdana Menteri India Narendra Modi mengumumkan negara itu akan mula memberi vaksin kepada remaja berumur antara 15 hingga 18 tahun mulai 3 Januari.

Dos penggalak untuk penjagaan kesihatan dan pekerja barisan hadapan juga akan tersedia bulan depan.

Menurut Kementerian Kesihatan, lebih daripada 63 peratus penduduk dewasa India telah menerima dua dos dan 90 peratus dos tunggal sejak India melancarkan vaksinasinya pada Januari tahun ini.

Related posts

Leave a Comment