Kadar kebolehjangkitan 0.98

PUTRAJAYA 31 Dis. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara naik lagi kepada 0.98 semalam berbanding 0.95 pada hari sebelumnya.

Tiga negeri merekodkan kadar sama atau lebih tinggi,  didahului Kelantan 1.05, Terengganu 1.01 dan Melaka 0.98.

Tiga belas negeri merekodkan kadar di bawah 0.98 iaitu Johor 0.97, Kedah 0.97,

Wilayah Persekutuan Putrajaya 0.95, Perak 0.95, Pulau Pinang 0.92, Selangor, Sabah dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  masing-masing 0.90.

Ini diikuti Negeri Sembilan dan Pahang 0.89, Perlis 0.85, Wilayah Persekutuan Labuan 0.82 dan Sarawak 0.72.

Related posts

Leave a Comment