Sarawak, Kelantan ke Fasa 4 PPN

PUTRAJAYA 31 Dis. – Seluruh negara akan berada di Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) berikutan Sarawak dan Kelantan akan beralih ke fasa itu Isnin ini, kata Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata keputusan itu diambil selepas mengambil kira penilaian risiko semasa yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua pihak khususnya Kerajaan Negeri yang bertungkus-lumus mengurus situasi pandemik di negeri masing-masing terutama demi memenuhi nilai ambang yang ditetapkan di bawah PPN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishammuddin bagaimanapun menyeru orang ramai agar tidak berasa terlalu selesa, memandangkan Covid-19 masih merupakan satu ancaman kepada keselamatan dan kesihatan terutama dengan penularan varian Omicron.

Related posts

Leave a Comment