DI Dewan Rakyat hari ini, 17 Disember, Kementerian Kewangan mengesahkan bahawa perkhidmatan feri Pulau Pinang yang menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau negeri itu, akan diteruskan. Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, berkata kerajaan meluluskan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang bagi mengambil alih perkhidmatan, yang menjadi lambang ikonik di Pulau Mutiara itu. “Saya mengesahkan peruntukan itu seperti yang diluluskan akan dibayar secara dua ansuran tahunan yang mana RM15 juta untuk 2021 akan dibayar pada 2021 sebagaimana diluluskan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021. “Baki RM15 juta…
Read MoreYear: 2020
Ujian percubaan vaksin dibatal
UNIVERSITY of Queensland dan CSL Ltd membatalkan ujian percubaan mereka terhadap vaksin Covid-19 Australia setelah penerima menghasilkan antibodi HIV semasa percubaan fasa 1. Tindak balas itu bermaksud antibodi yang dihasilkan oleh vaksin boleh mengganggu ujian diagnostik HIV. Satu daripada empat penerima vaksin didapati menunjukkan ujian positif yang palsu apabila diuji untuk HIV. Namun, kata kedua pihak itu, tiada kemungkinan vaksin menyebabkan jangkitan dan ujian lanjut mengesahkan tiada virus HIV dikesan. Walaupun vaksin telah menimbulkan tindak balas imun yang “kuat” terhadap virus SARS-COV-2 tanpa kesan buruk yang serius dalam percubaan tahap…
Read More130,000 di UK disuntik
LONDON: Lebih 130,000 individu telah diberikan suntikan vaksin pada minggu pertama program vaksinasi di United Kingdom (UK). Menteri Kesihatan Nadhim Zahawi melalui ciapan Twitternya menyatakan seramai 137,897 individu diberi dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di antara 8 hingga 15 Disember. Pecahan bagi setiap negara menunjukkan 108,000 divaksin di England; 7,897 di Wales; 4,000 di Ireland Utara; dan 18,000 di Scotland. Beliau menggambarkan perkara itu sebagai permulaan yang baik bagi program vaksinasi yang telah dimulakan Isnin lepas. Kira-kira 200 klinik vaksinasi tempatan dijangka beroperasi secara berterusan sehingga hujung minggu. Lebih 1,000 lagi…
Read MoreRoti canai sarang burung
HARI ini menyorok pekena roti canai sarang burung di pasar Seberang Jaya. Gerai nombor 48 Kadir Roti Canai. Kuahnya ada pilihan ayam atau daging. Set ini mengandungi roti canai, dua biji telur dan kari bersama isinya ayam atau daging. Harganya RM7.
Read MoreMedia Hari Ini 17.12.2020
Arab Saudi catat 180 kes
RIYADH 16 Dis.- Arab Saudi merekodkan 180 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 360,335 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 6,080 orang. Kes sembuh pula merekodkan 199 kes pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh adalah 351,192 kes. Sementara itu Riyadh merekodkan 53 kes baharu Covid-19 diikuti Makkah 32 dan Madinah 30 kes.
Read More6,725 kes baharu Indonesia
JAKARTA 16 Dis.- Sebanyak 6,725 kes baharu Covid-19 direkodkan di Indonesia menjadikan jumlah keseluruhan 636.154 kes. Kes kematian pula meningkat kepada 19,248 kes termasuk 137 kes hari ini dengan jumlah kumulatifnya menjadi 19.248 kes atau 3,0 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh yang sama, jumlah pesakit sembuh dari Covid-19 hari ini terus meningkat menjadi 521.984 orang. Sementara itu, Jawa Barat merekodkan pesakit positif sebanyak 1.434 kes dan kumulatifnya 69.500 kes diikuti Jakarta 1.221 kes dan kumulatifnya 156.343 kes. Jawa Timur 755 kes dan kumulatifnya 72.124 kes. Sulawesi Selatan menambah 447…
Read MoreVaksin percuma, Jokowi penerima pertama
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi orang pertama di negara itu menerima suntikan vaksin Covid-19 bagi membuktikan kepada rakyat mengenai keselamatan vaksin berkenaan yang akan diberikan secara percuma. “Saya secara peribadi akan menjadi penerima pertama (vaksin ini) bagi meyakinkan penduduk bahawa vaksin yang digunakan adalah selamat, “ katanya daam satu rakaman video yang dimuat naik ke siaran YouTube Istana Negara hari ini. Beliau berkata rakyat akan mendapat vaksin itu “tanpa sebarang bayaran dikenakan” dan mengarahkan menteri kewangan dan Kabinet mengambil langkah merealisasikan program vaksinasi itu pada tahun depan. Katanya,…
Read More268 kes, 5 kematian di Sabah
KOTA KINABALU 16 Dis. – Sebanyak 268 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,639 kes sementara lima kematian dilaporkan hari inj iaitu tiga kes di daerah Tawau dan dua kes di daerah Lahad Datu. Pada hari ini juga seramai 459 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,742 orang. Sejumlah 2,068 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 606 orang di hospital dan 1,462 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 14 orang pula memerlukan alat…
Read MoreLapan lagi kluster baharu
PUTRAJAYA 16 Dis. – Lapan lagi kluster dikesan hari ini menjadikan jumlah 426 kluster dilaporkan sehingga 16 Disember 2020. Sebanyak 230 kluster tamat termasuk satu hari ini iaitu Kluster Murni di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 196 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (143 kes), Kluster Usaha (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes). Lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada…
Read More