268 kes, 5 kematian di Sabah

KOTA KINABALU 16 Dis. – Sebanyak 268 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Sabah, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 33,639 kes sementara lima kematian dilaporkan hari inj iaitu tiga kes di daerah Tawau dan dua kes di daerah Lahad Datu.

Pada hari ini juga seramai 459 pesakit Covid-19 telah sembuh menjadikan jumlah kumulatif sembuh 30,742 orang.

Sejumlah 2,068 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 606 orang di hospital dan 1,462 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC). Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 14 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kunak bertukar dari zon kuning ke zon hijau.

Terdapat satu kluster baharu dilaporkan di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster Bukit Punai mencatatkan lima kes hari ini menjadikan kumulatif tujuh kes.

Daripada 268 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 108 kes (40.3%) adalah berpunca dari saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada,106 kes (39.6%) dari saringan kontak rapat di 14 daerah, saringan bergejala 28 kes (10.4%), saringan komuniti 4 kes (1.5%) dan 22 kes (8.2%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment