PN tubuh Majlis Presiden

KUALA LUMPUR 18 Dis. – Perikatan Nasional (PN) bersetuju menubuhkan satu Majlis Presiden yang dianggotai oleh semua presiden parti dalam kerajaan PN, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menerusi di Facebook rasminya malam tadi. “Malam ini, telah berlangsung majlis perjumpaan ketua-ketua parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional yang telah dihadiri oleh pemimpin daripada semua parti. “Saya berasa amat gembira dapat bersua muka dan berbincang dengan rakan-rakan Presiden dan wakil-wakil parti mengenai pengukuhan kerjasama politik antara kami untuk memastikan kestabilan politik negara serta menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. Kami telah bersetuju untuk menubuhkan…

Read More

Kes harian di Saudi 180

RIYADH 17 Dis. – Arab Saudi merekodkan 180 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 360,335. Menurut Kementerian Kesihatan dalam tempoh 24 jam, sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan 6,080 kematian. Bagi tempoh yang sama, 199 kes pulih dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 351,192 kes. Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 53 kes diikuti wilayah Makkah 32 kes dan wilayah Madinah 30 kes. Kes aktif pula adalah 3,063 dengan 463 kes kritikal

Read More

Seri Paduka ucap takziah

KUALA LUMPUR 17 Dis. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga legenda bola sepak dan Olimpian negara, Namat Abdullah, yang meninggal dunia petang tadi.  Baginda turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarham sabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana pilu itu. “Seri Paduka Baginda amat menghargai jasa Allahyarham kepada negara serta khidmat bakti beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada bola sepak dunia. Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada arena bola sepak negara. Seri…

Read More

Namat Abdullah meninggal dunia

Oleh Abdul Hafiz Ahmad BEKAS ketua pasukan Malaysia dan Pulau Pinang serta antara 19 wira negara yang beraksi dalam Sukan Olimpik Munich 1972, Allahyarham Datuk Namat Abdullah, meninggal dunia kira-kira pukul 5.30 petang ini. Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 74 tahun di kediaman anaknya di Taman Larah Aman, Kamunting, Perak, menurut kiriman WhatsApp seorang ahli keluarganya kepada BebasNews. “Jenazahnya akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Peruda, Sungai Petani, Kedah malam ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Petani pada sebelah pagi sebelum solat Jumaat esok. “Kami…

Read More

Tiga kluster baharu

PUTRAJAYA 17 Dis. – Sebanyak 429 kluster telah dilaporkan sehingga 17 Disember termasuk tiga kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 236 termasuk enam (6) yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Benteng PK, Kluster Kapas BJ, Kluster Garden, Kluster Bah Tropicana, Kluster Bah Bercham dan Kluster Mentari. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 193 dan daripada  jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (98…

Read More

Selangor, KL, mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 368 kes (30.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 247 kes (67.1 peratus) adalah dari kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melaporkan sebanyak 297 kes (24.3 peratus) dan negeri Sabah sebanyak 184 kes (15.1 peratus). Sebanyak 135 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Tembok (36 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Read More

‘Henti kejar bayang-bayang’

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin utama Pakatan Harapan (PH), Amanah dan DAP mencadangkan agar gabungan itu membuat anjakan politik untuk menyatukan seluruh blok pembangkang. Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan bersama menegaskan, sudah tiba masanya untuk seluruh blok pembangkang bersatu demi membina kekuatan bersama yang ada atas landasan perjuangan bersama. Mohamad dan Guan Eng menegaskan, undian Belanjawan 2021 pada Selasa lalu mengajar PH supaya tidak membazirkan tenaga mengejar bayang-bayang dan tidak perlu membuang masa dengan Ahli Parlimen kerajaan yang oportunis. Menurut Ahli Parlimen…

Read More