130,000 di UK disuntik

LONDON: Lebih 130,000 individu telah diberikan suntikan vaksin pada minggu pertama program vaksinasi di United Kingdom (UK).

Menteri Kesihatan Nadhim Zahawi melalui ciapan Twitternya  menyatakan seramai 137,897 individu diberi dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di antara 8 hingga 15 Disember.

Pecahan bagi setiap negara menunjukkan 108,000 divaksin di England; 7,897 di Wales; 4,000 di Ireland Utara; dan 18,000 di Scotland.

Beliau menggambarkan perkara itu sebagai permulaan yang baik bagi program vaksinasi yang telah dimulakan Isnin lepas.

Kira-kira 200 klinik vaksinasi tempatan dijangka beroperasi secara berterusan sehingga hujung minggu.

Lebih 1,000 lagi klinik vaksinasi akan menyertai program berkenaan dalam beberapa minggu akan datang sebagai langkah peluasan vaksinasi.

UK merancang pemberian vaksin kepada sekitar 25 juta individu berumur 50 tahun ke atas serta orang muda yang mempunyai masalah kesihatan.

Dianggarkan program vaksinasi termasuk pembuatan, pembelian dan pengedaran vaksin itu menelan belanja sehingga 12 bilion euro.

Bagi minggu pertama, lebih daripada 70 hospital mengambil bahagian dalam program vaksinasi dengan 10 lagi hospital dijangka bermula minggu hadapan.

Related posts

Leave a Comment