Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 16 Dis. – Lapan lagi kluster dikesan hari ini menjadikan jumlah 426 kluster dilaporkan sehingga 16 Disember 2020. Sebanyak 230 kluster tamat termasuk satu hari ini iaitu Kluster Murni di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau sebanyak 196 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 51 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Teratai (143 kes), Kluster Usaha (79 kes), dan Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes).

Lapan kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah:

  • KLUSTER PUNCAK GALAKSI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Selangor dan Klang di negeri Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 14 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah gudang. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 541 individu telah disaring, di mana 56 kes telah dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT PUNAI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-79023) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 11 Disember melalui saringan kemasukan ke wad. Sehingga 16 Disember, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana tujuh (7) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PERMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 16 Disember  melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember, sejumlah 1,087 individu disaring, di mana 48 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA MATAHARI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 Disember  melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember sejumlah 778 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif  dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA LAUT

Kluster  tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Disember melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 16 Disember , sejumlah 542 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER CAHAYA MAHSURI

Kluster ini melibatkan daerah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Pontian di negeri Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75224) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 8 Disember melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember, sejumlah 154 individu disaring, di mana 32 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER SERI TASIK

Kluster ini melibatkan daerah Perak Tengah dan Kinta di negeri Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-67913) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Disember melalui saringan pra pembedahan. Sehingga 16 Disember, sejumlah 27 individu disaring, di mana tujuh kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INTEN

Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-78487) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 16 Disember 2020, sejumlah 204 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment