Arab Saudi catat 180 kes

RIYADH 16 Dis.- Arab Saudi merekodkan 180 kes baharu Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 360,335 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, 11 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa jumlah keseluruhan kematian sebanyak 6,080 orang.

Kes sembuh pula merekodkan 199 kes pulih dan ini menjadikan jumlah pesakit yang sembuh adalah 351,192 kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 53 kes baharu Covid-19 diikuti Makkah 32 dan Madinah 30 kes.

Related posts

Leave a Comment