75.5 juta kes, 1.6 juta kematian

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 di seluruh dunia meningkat kepada 75.5 juta kes dengan jumlah kematian global pula 1.6 juta orang sementara kes sembuh pula 42.6 juta.

Menurut data Johns Hopkins University, setakat 9.30 pagi ini, daripada 75,588,781 kes , Amerika Syarikat (AS) mendahului dengan 17,442,180 kes dengan kematian pula mencecah 313,246.

India merekodkan 9,979,447 kes, kedua tertinggi dengan jumlah kematian di kedudukan ketiga iaitu 144,789 sementara Brazil merekodkan 7,162,978 kes dan kematian kedua tertinggi dengan 185,650 orang.

Rusia dan Perancis masing-masing merekodkan lebih dua juta kes iaitu 2,764,843 dan 2,499,465.

Melebihi satu juta kes pula adalah United Kingdom 1,982,828, Turki 1,982,090, Itali 1,921,778, Sepanyol  1,797,236, Argentina 1,531,374, Colombia 1,482,072, Jerman 1,469,991, Mexico 1,289,298, Poland 1,182,864 dan Iran 1,145,651.

Tiga negara yang menghampiri satu juta kes adalah Peru 989,457, Ukraine 970,758 dan Afrika Selatan 901,538.

Sementara itu negara yang melebihi 500,000 adalah Netherlands 674,967, Indonesia 650,197, Belgium 618,204, Czechia 610,006, Romania 582,786, Iraq 581,811 dan Chile 581,135.

Melebihi 400,000 kes adalah Kanada, Bangladesh, Filipina, Pakistan, Morocco, Switzerland, diikuti lebih 300,000 adalah Israel, Sweden, Portugal, Arab Saudi dan Austria.

Negara dalam kelompok 200,000 kes adalah Hungary, Serbia, Jordan, Nepal, Ecuador, Georgia dan Panama

Sebanyak 30 negara merekodkan lebih 100,000 kes termasuk Azerbaijan, Jepun, Emiriyah Arab Bersatu, Croatia, Lebanon,  Bolivia, Qatar, Denmark, Oman, Mesir, Honduras dan Paraguay.

Bagi kes kematian pula, Mexico merekodkan 116,487, Itali 67,894, UK 66,640, Perancis 60,343, Iran 53,273, Rusia 49,170, Sepanyol  48,926, Argentina 41,672, Colombia 40,019, Peru 36,858, Jerman 25,413 dan Poland 24,771.

Kematian di Afrika Selatan pula adalah 24,285, Indonesia 19,514, Belgium 18,371, Turki 17,610 dan Ukraine 16,848, Chile 16,051, Romania  14,157, Kanada 14,055, Ecuador 13,942, Iraq 12,670, Netherlands 10,492 dan Czechia 10,163.

Sementara itu, daripada 42,602,287 kes sembuh, India merekodkan kes sembuh yang tinggi iaitu 9,520,827, diikuti Brazil 6,322,955, Rusia 2,207,398, Turki 1,753,552, Argentina 1,356,755, Colombia 1,354,021, Itali 1,226,086, Jerman 1,081,716 , Mexico 953,762, Peru 925,893 dan Poland 915,576.

Iran 865,474, Afrika Selatan 783,818, Ukraine 582,457, Chile 552,289, Indonesia 531,995, Czechia 527,062, Iraq 517,091, Romania 484,948, Bangladesh 433,614, Filipina 420,666, Kanada 409,122 dan Pakistan 399,852.

Related posts

Leave a Comment