6,689 kes baharu Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan Indonesia mengumumkan sebanyak 6,689 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif setakat ini 650,197 kes.

Jakarta mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,587 kes diikuti Jawa Barat 987, Jawa Timur 819, Sulawesi Selatan 531, Jawa Tengah 354 dan Kalimantan Tengah 280.

Menurut data yang dikeluarkan, sebanyak 124 pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,514 kematian.

Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 531,995..

Related posts

Leave a Comment