Selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah Allahyarham Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohd Noah selamat dikebumikan sekitar jam 3.15 petang tadi di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara di ibu negara.

Terdahulu, jenazah Allahyarhamah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi untuk dimandi dan dikafankan sebelum orang ramai dibenar memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara.

Related posts

Leave a Comment