Singapura catat 5 kes baharu

SINGAPURA 28 Dis. – Lima kes jangkitan Covid-19 yang dilaporkan hari ini turut melibatkan seorang krew pesawat Singapore Airlines (SIA) yang juga pemandu sambilan Grab . Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan memberitau, lelaki berusia 48 tahun itu tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan. Beliau dikesan selepas menjalani dua ujian proaktif yang dikendalikan Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) bagi krew pesawat yang pulang daripada penerbangan luar negara. Baru-baru ini beliau mengembara ke Amerika Syarikat bagi tugasan antara 12 hingga 16 Disember lalu di bawah jadual perjalanan yang dikawal. Beliau diuji pada 23 Disember lalu…

Read More

Satu kematian, 144 kes

BANGKOK 28 Dis. – Ketika Thailand berusaha melindungi rakyat daripada Covid-19, seorang  pekerja pusat perjudian haram di wilayah Rayong menjadi mangsa ke-61 yang maut akibat Covid-19. Timbalan Menteri Kesihatan Awam Satit Pitutacha berkata lelaki berusia 45 tahun itu didapati positif virus berkenaan semalam. Mangsa yang mempunyai masalah jantung, meninggal dunia di hospital hari ini. Satit berkata sekurang-kurangnya 85 kes Covid-19 telah direkodkan ada kaitan dengan pusat perjudian haram itu setakat ini. Semalam, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes indeks pusat perjudian haram itu dipercayai wanita berusia…

Read More

362,339 kes 353,353 sembuh

RIYADH 28 Dis. – Arab Saudi setakat ini mencatatkan 362,339 kes jangkitan Covid-19 termasuk 119 kes baharu, yang direkodkan hari ini, angka terendah sejak pandemik itu dikesan sembilan bulan lalu. Kementerian Kesihatan juga melaporkan 11 kes kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini 6,196. Pada masa yang sama, kementerian juga melaporkan sebanyak 174 kes pulih yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 353,353 atau 97.52 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan mencatatkan 40 kes jangkitan, diikuti wilayah timur 25 kes dan Makkah…

Read More

Vaksinasi Singapura 30 Dis.

MULAI 30 Disember ini, SINGAPURA akan memulakan program vaksinasi dengan memberi vaksin kepada pekerja penjagaan kesihatan bermula dengan kakitangan Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID). Langkah itu berikutan pemerintah menerima sepenuhnya saranan Jawatankuasa Pakar Vaksinasi Covid-19 tentang strategi vaksinasi Covid-19 di Singapura. Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, kakitangan institusi penjagaan kesihatan awam dan hospital swasta serta warga emas akan diberi keutamaan dalam pelan vaksinasi Singapura. Vaksinasi bagi warga emas berusia 70 tahun dan ke atas bermula Februari 2021 dengan diikuti vaksinasi untuk warga Singapura lain dan penduduk jangka panjang,…

Read More

Tanpa PKPB 4 juta dijangkiti

PUTRAJAYA 28 Dis. – Tanpa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu. Justeru kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, PKPB berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini. Hari ini katanya, lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan. Katanya berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi. “Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak laksanakan PKP namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB,” katanya. Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya…

Read More

Jepun, Indonesia tutup ‘pintu’

MULAI Isnin 28 Disember, Jepun melarang para pelawat asing masuk ke negara itu selama lima minggu bagi mengawal penularan varian baru virus Covid-19. Dalam tempoh itu hanya rakyat dan warga asing yang mempunyai status penduduk Jepun yang pulang dari luar negara dibenarkan masuk dengan syarat menjalani kuarantin sendiri selama 14 hari. Beberapa kes Covid-19 virus varian baharu yang lebih mudah berjangkit seperti di Britain telah dikesan di Jepun. Semalam saja, hampir 3,000 kes baharu ru Covid-19 dicatatkan di Jepun. Lebih 700 daripadanya di ibu kota Tokyo. Penularan pesat Covid-19 di…

Read More

Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 28 Dis. – Sebanyak 489 kluster dilaporkan setakat ini termasuk lima kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 275  termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra-18, Kluster PTS Tawau, Kluster Tamar dan Kluster Intan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 214 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Hentian (261 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), dan Kluster Ceram (40 kes).…

Read More

Selangor dahului kes harian

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 697 kes (43.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 593 kes (85.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 194 kes (12.2 peratus) dan Johor sebanyak 191 kes (12.0 peratus). Pecahan kes baharu (1,594) Selangor 362 kluster sedia ada 231 saringan kontak rapat 104 lain-lain saringan Kuala Lumpur 102 kluster sedia ada 2 kluster baharu (Tapak Bina Jalan Gadang dan Menara Sri) 56 saringan kontak rapat 33 lain-lain…

Read More

1, 594 kes baharu 3 kematian

PUTRAJAYA 28 Dis. – Kekal empat angka apabila kes baharu harian Covid-19  mencatatkan 1,594 kes hari ini, sekali gus menyaksikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 20,643 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini mencecah 106,690  kes, selain turut merekodkan tiga kematian baharu melibatkan warganegara. Beliau berkata daripada jumlah kes baharu itu, hanya tiga kes import manakala 1,591 kes adalah penularan dalam negara. Dr Noor Hisham berkata sebanyak 108 daripada jumlah kes baharu adalah berkaitan kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), Kluster Bakti (34 kes), Kluster…

Read More