Lima kluster baharu

PUTRAJAYA 28 Dis. – Sebanyak 489 kluster dilaporkan setakat ini termasuk lima kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 275  termasuk empat kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Putra-18, Kluster PTS Tawau, Kluster Tamar dan Kluster Intan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 214 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 54 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Hentian (261 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (42 kes), dan Kluster Ceram (40 kes).

Lima kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah:

1. KLUSTER TAPAK BINA JALAN GADANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 13 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak

binaan. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 375 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

2. KLUSTER MENARA SRI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kerian di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-99803) dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember, sejumlah 51 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

3. KLUSTER BUKIT PASIR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-100103) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember, sejumlah 14 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

4. KLUSTER PINTU GENG

Kluster ini melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-101557) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember, sejumlah 130 individu disaring, di mana 21 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

5. KLUSTER PUTRA 15

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-103898) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 28 Disember 2020, sejumlah 31 individu telah disaring, di mana lapan (8) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment