Satu kematian, 144 kes

BANGKOK 28 Dis. – Ketika Thailand berusaha melindungi rakyat daripada Covid-19, seorang  pekerja pusat perjudian haram di wilayah Rayong menjadi mangsa ke-61 yang maut akibat Covid-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam Satit Pitutacha berkata lelaki berusia 45 tahun itu didapati positif virus berkenaan semalam.

Mangsa yang mempunyai masalah jantung, meninggal dunia di hospital hari ini.

Satit berkata sekurang-kurangnya 85 kes Covid-19 telah direkodkan ada kaitan dengan pusat perjudian haram itu setakat ini.

Semalam, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata kes indeks pusat perjudian haram itu dipercayai wanita berusia 55 tahun yang positif Covid-19 dan kemudian menyebarkan virus itu kepada kontak rapatnya.

CCSA melaporkan sebanyak 144 :kes baharu direkodkan di mana 115 jangkitan tempatan, dan 14 pekerja asing.

Menurut rekod, sebanyak 56 kes direkodkan di Rayong, 19 Bangkok, 18 iNakhon Pathom, enam di Chon Buri, lima di Samut Prakan, tiga Nonthaburi, dua masing-masing di Nakhon Nayok dan Pathum Thani, dan masing-masing satu di Sukhothai, Samut Sakhon, Lop Buri dan Chiang Mai.

Setakat ini, Thailand mencatatkan 6,285 kes Covid-19.

Related posts

Leave a Comment