Tanpa PKPB 4 juta dijangkiti

PUTRAJAYA 28 Dis. – Tanpa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijangkakan kira-kira empat juta rakyat Malaysia dijangkiti virus itu.

Justeru kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, PKPB

berjaya mengekang penularan Covid-19 di negara ini.

Hari ini katanya, lebih kurang 106,000 kes sahaja dilaporkan.

Katanya berdasarkan pengalaman negara, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih berjaya dari segi kesihatan namun memberikan impak yang sangat tinggi terhadap ekonomi.

“Ketika gelombang ketiga ini, Kementerian Kesihatan hendak laksanakan PKP namun disebabkan impak ekonomi yang tinggi, kita laksanakan PKPB,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengulangi ingatannya kepada rakyat agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memastikan jangkitan Covid-19 terkawal dan seterusnya memutuskan sepenuhnya rantaian penularan.

Beliau yakin jika rakyat kekal patuh SOP, jumlah kes positif harian di negara ini dapat diturunkan dalam tempoh tiga minggu akan datang.

Related posts

Leave a Comment