362,339 kes 353,353 sembuh

RIYADH 28 Dis. – Arab Saudi setakat ini mencatatkan 362,339 kes jangkitan Covid-19 termasuk 119 kes baharu, yang direkodkan hari ini, angka terendah sejak pandemik itu dikesan sembilan bulan lalu.

Kementerian Kesihatan juga melaporkan 11 kes kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia kini 6,196.

Pada masa yang sama, kementerian juga melaporkan sebanyak 174 kes pulih yang membawa kepada jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 353,353 atau 97.52 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan kes tertinggi dengan mencatatkan 40 kes jangkitan, diikuti wilayah timur 25 kes dan Makkah 24.

Kes aktif pula sebanyak 2,790 dengan 393 kes kritikal.

Related posts

Leave a Comment