21 kes import di Singapura

SINGAPURA melaporkan 21 kes baharu  Covid-19 pada Rabu (23 Disember ),semuanya kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya mereka di Singapura. Lapan daripada mereka adalah rakyat Singapura atau Penduduk Tetap (PR) dan sembilan yang lain adalah pembantu rumah warga asing. Pada Selasa, 21 daripada 29 kes baru juga merupakan pembantu rumah warga asing. Tiada kes baharu  yang terjangkit secara penularan tempatan.  

Read More

46 kes baharu di Thailand

BANGKOK 23 Dis. – Thailand merekodkan 46 kes baharu dalam tempoh 24 jam dengan 39 daripadanya merupakan jangkitan tempatan. Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CSSA), Dr Taweesin Visanuyothin memaklumkan, 39 kes tempatan itu melibatkan beberapa daerah termasuk Bangkok, Chachoengsao, Ayutthaya, Krabi serta Phuket. Dengan perkembangan itu, kes positif di Thailand meningkat kepada 5,762 dengan 60 kematian, di mana 1,607 masih dirawat di hospital dan 4,095 kes dilaporkan pulih. Dr Taweesin memberitahu, kerajaan akan menjaga kebajikan pekerja asing yang disifatkan banyak membantu dalam sektor ekonomi Thailand. Beliau berkata, CCSA akan mengadakan…

Read More

Arab Saudi catat 177 kes

RIYADH 23 Dis. – Arab Saudi mencatatkan 177 kes baharu koronavirus Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 361,536 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sembilan lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 6,148 kematian. Bagi tempoh 24 jam yang sama, sebanyak 169 kes sembuh dilaporkan dan ini menambah jumlah kes sembuh kepada 352,418. Kes aktif pula 2,970 di mana 383 kes kritikal. Sementara itu daripada 117 kes, Riyadh merekodkan 59 kes baharu, diikuti Makkah 31 dan Madinah 26 kes.

Read More

685,639 kes, 558,703 sembuh

JAKARTA 23 Dis. –  Kes sembuh 558,703 berbanding jangkitan 685,639 kes  dengan kes aktif 106.528. Jumlah kematian pula  20.408 orang. Itu perangkaan kes Covid-19 yang direkodkan Indonesia sehingga Rabu, 23 Disember. Menurut data Kementerian Kesihatan, kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 5,981 orang dengan kes jangkitan harian 7,514 dan kematian terbaharu 151 kes. Jakarta merekodkan 1,954 kes jangkitan harian dengan kumulatifnya 167,842 diikuti Jawa Tengah 912 kes dengan kumulatifnya 74.335 kes, Jawa Barat 903 kes dan kumulatifnya 76.492 kes. Jawa Timur merekodkan 834 kes dan kumulatifnya 77,651 kes dan…

Read More

325 anggota KKM positif

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat hari ini dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif Covid-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia). Daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota KKM, sebanyak: 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj 137 kes sedang dirawat di hospital 3 kes kematian Kes-kes ini terdiri daripada: 77 orang Pegawai Perubatan; 66 orang jururawat; 34 orang Pegawai Perubatan Siswazah; 23 orang Pakar Perubatan; 21 orang Penolong Pegawai Perubatan; 104 lain-lain skim perkhidmatan. Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi…

Read More

189 kes positif baharu di Sabah

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 189 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,166 kes dengan  satu kematian dicatatkan di daerah Kota Kinabalu. Hari ini seramai 286 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,883 orang. Sejumlah 1,679 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 608 orang di hospital dan 1,071 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated). Daerah Kudat bertukar dari zon merah ke zon jingga…

Read More

Vaksinasi harus, wajib

KUALA LUMPUR: Hukum penggunaan vaksin Covid-19 adalah harus dan wajib diambil oleh golongan yang ditetapkan oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya, perkara itu diputuskan oleh Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-10 yang bersidang pada 3 Disember lalu.  Dr Zulkifli berkata, penggunaan vaksin bagi melindungi manusia daripada dijangkiti penyakit berbahaya bukanlah perkara asing dalam perspektif syarak. “Sehubungan dengan itu, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya umat Islam agar patuh dan memberi kepercayaan…

Read More

Lima kluster baharu

SETAKAT 23 Disember 2020, sebanyak 464 kluster dilaporkan dan daripada jumlah itu, 256 kluster ditamatkan termasuk tiga hari ini. Baki 208 kluster masih lagi dipantau rapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Terdapat lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 23 Disember iaitu: 1. Kluster Tapak Bina Jalan Panah Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 23 Disember juga, sejumlah 1,000 individu disaring…

Read More

Selangor, KL, Sabah tertinggi

SELANGOR mengekalkan kedudukan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus). Sebanyak 193 kes (14.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Kolam…

Read More

Malaysia catat 98,737 kes

PUTRAJAYA  23 Dis. – Turun berbanding semalam tetapi masih mengekalkan empat angka apabila kes harian positif Covid-19 merekodkan 1,348 kes hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 98,737 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada 1,348 itu, 16 merupakan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 1,332 kes. Dalam masa sama, beliau berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 18,279 kes. Dr Noor Hisham berkata, dalam tempoh 24 jam juga, bilangan kes sembuh Covid-19 pula adalah 710…

Read More