Selangor, KL, Sabah tertinggi

SELANGOR mengekalkan kedudukan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes (39.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 363 kes (67.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontrak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 226 kes (16.8 peratus) dan Sabah sebanyak 189 kes (14.0 peratus).

Sebanyak 193 kes (14.3 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (123 kes), Kluster Tembok Gajah (56 kes), Kluster Kolam Air (8 kes), Kluster Tembok (5 kes), dan Kluster Hala Mutiara (1 kes).

Related posts

Leave a Comment