Lima kluster baharu

SETAKAT 23 Disember 2020, sebanyak 464 kluster dilaporkan dan daripada jumlah itu, 256 kluster ditamatkan termasuk tiga hari ini. Baki 208 kluster masih lagi dipantau rapi oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Terdapat lima kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini, 23 Disember iaitu:

1. Kluster Tapak Bina Jalan Panah

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 7 Disember lalu melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.

Sehingga 23 Disember juga, sejumlah 1,000 individu disaring di mana 21 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

2. Kluster Menara Wang

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, daerah Petaling, Klang, Sepang dan Hulu Langat di Selangor serta daerah Maran dan Kuantan di Pahang.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88751) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 23 Disember, sejumlah 293 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

3. Kluster Saga Tengah

Kluster ini melibatkan daerah Tenom dan Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-89,355) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala.

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 298 individu disaring, di mana 16 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

4. Kluster Kolam Air

Kluster ini melibatkan daerah Kota Setar dan Kubang Pasu di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-81862) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 84 individu disaring, di mana 14 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

5. Kluster Hala Mutiara

Kluster ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-82131) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 12 Disember 2020 melalui saringan Orang Kena Tahan (OKT).

Sehingga 23 Disember 2020, sejumlah 51 individu disaring, di mana tujuh kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment