685,639 kes, 558,703 sembuh

JAKARTA 23 Dis. –  Kes sembuh 558,703 berbanding jangkitan 685,639 kes  dengan kes aktif 106.528. Jumlah kematian pula  20.408 orang. Itu perangkaan kes Covid-19 yang direkodkan Indonesia sehingga Rabu, 23 Disember.

Menurut data Kementerian Kesihatan, kes sembuh yang direkodkan hari ini adalah 5,981 orang dengan kes jangkitan harian 7,514 dan kematian terbaharu 151 kes.

Jakarta merekodkan 1,954 kes jangkitan harian dengan kumulatifnya 167,842 diikuti

Jawa Tengah 912 kes dengan kumulatifnya 74.335 kes, Jawa Barat 903 kes dan kumulatifnya 76.492 kes.

Jawa Timur merekodkan 834 kes dan kumulatifnya 77,651 kes dan Sulawesi Selatan menambah 524 kasus dan kumulatifnya mencapai 27.385 kes. 

Setakat ini, Jawa Timur merekodkan kematian tertinggi iaitu 5,353 termasuk hari ini 50 kematian, Jawa Tengah 31 menjadikan 3,003 kematian, Jakarta 15 meninggal dunia dan kumulatifnya 3.116 kes.

Banten merekodkan enam kes dan kumulatifnya 403 kes, Sumatera Barat dengan lima pesakit menjadikan 487 kes meninggal dunia manakala Jawa Barat yang jumlah kumulatifnya 1.104 kes merekodkan dua pesakit meninggal dunia.

Sementara itu data kes sembuh menunjukkan Jakarta merekodkan 1.450 kes dan kumulatifnya mencapai 151.066 kes. Ini diikuti Jawa Barat 955 kes, Jawa Timur 660, Sulawesi Selatan 606 dan Jawa Tengah 531 kes.

Related posts

Leave a Comment