189 kes positif baharu di Sabah

JABATAN Kesihatan Negeri Sabah, merekodkan 189 kes positif baharu Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 35,166 kes dengan  satu kematian dicatatkan di daerah Kota Kinabalu.

Hari ini seramai 286 pesakit Covid-19 sembuh dari hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 32,883 orang.

Sejumlah 1,679 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 608 orang di hospital dan 1,071 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 57 orang dan 13 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated).

Daerah Kudat bertukar dari zon merah ke zon jingga manakala daerah Tenom berubah dari zon kuning ke zon jingga.

Terdapat satu kluster baharu dilaporkan di daerah Tenom iaitu Kluster Saga Tengah sebanyak lima kes menjadikan jumlah kumulatif 16 kes. Kluster ini dikesan berkaitan dengan majlis keramaian.

Daripada 189 kes positif Covid-19 yang dicatatkan, sebanyak 111 kes (58.7%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, saringan bergejala 26 kes (13.8%), saringan kluster baharu dan kluster-kluster sedia ada 21 kes (11.1%), saringan komuniti 1 kes (0.5%) dan 30 kes (15.9%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment