325 anggota KKM positif

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan setakat hari ini dilaporkan terdapat seramai 325 anggota KKM yang dikesan positif Covid-19 (iaitu 5.8 peratus daripada jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia).

Daripada jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 dalam kalangan anggota KKM, sebanyak:

  • 185 kes telah pulih sepenuhnya dan didiscaj
  • 137 kes sedang dirawat di hospital
  • 3 kes kematian

Kes-kes ini terdiri daripada:

  • 77 orang Pegawai Perubatan;
  • 66 orang jururawat;
  • 34 orang Pegawai Perubatan Siswazah;
  • 23 orang Pakar Perubatan;
  • 21 orang Penolong Pegawai Perubatan;
  • 104 lain-lain skim perkhidmatan.

Berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua anggota KKM ini BUKAN disebabkan oleh pengendalian kes yang telah disahkan positif Covid-19 di fasiliti Kesihatan KKM. Didapati, 70 peratus kes adalah berpunca daripada aktiviti persendirian misalnya menghadiri majlis keraian, ke luar negara dan sebagainya.

Justeru, KKM menyeru semua anggota kesihatan dan barisan hadapan (frontliners) SENTIASA mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti:

  • Memastikan tangan sentiasa bersih
  • Mengelak berada di kawasan yang sesak (crowded space) dan kawasan yang tertutup (confined space) secara beramai-ramai pada masa yang sama, seperti di ruang makan (pantry) di tempat kerja,
  • Kekalkan jarak 1 meter ketika cakap bersemuka dengan orang lain (close conversation);
  • Memastikan kawasan kerap disentuh adalah bebas daripada kuman, termasuk di kawasan yang kerap digunakan secara bersama oleh ramai petugas misalnya ruang makan di tempat kerja;
  • Menggunakan alat pelindung diri mengikut keperluan terutamanya mengamalkan penggunaan alat penutup mulut dan hidung (face mask) semasa mengendalikan pesakit dan menggunakan PPE yang sesuai apabila melaksanakan sebarang prosedur klinikal.

Related posts

Leave a Comment