Singapura terima vaksin

SINGAPURA menerima bekalan pertama vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech pada Isnin malam (21 Disember ) menerusi pesawat kargo Singapore Airlines dari Belgium, di mana vaksin itu dihasilkan. Vaksin itu tiba di Lapangan Terbang Changi menerusi pesawat SIA Boeing 747-400 berjadual dari ibu kota Brussels pada kira-kira pukul 7.55 malam. Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin pertama yang diluluskan untuk penggunaan di Singapura, negara Asia pertama menerima vaksin itu, yang dihasilkan bersama oleh syarikat gergasi farmaseutikal Amerika Syarikat Pfizer dan BioNTeach dari Jerman. Vaksin itu sudah pun digunakan di Britain dan Amerika Syarikat. Menteri Pengangkutan…

Read More

Saudi catat 168 kes baharu

RIYADH 21 Dis. – Arab Saudi mencatatkan 168 baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 361,178 kes dengan 2,958 kes aktif. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 6,131 kes berikutan sembilan lagi kematian dilaporkan. Pada masa yang sama, sebanyak 211 kes pulih dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan 352,089 pesakit sembuh. Daripada 168  kes baharu, Makkah merekodkan 45 kes diikuti Riyadh 31,  wilayah Timur 25 Al Bahah 15, Asir 14 dan Madinah 10. Sementara itu,  Arab Saudi pada Ahad menggantung semua penerbangan antarabangsa selama seminggu berikutan penularan…

Read More

Filipina catat 1,721 kes baharu

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 21 Disember 2020, merekodkan 1,721 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 461,505 dengan kes aktif 23,341 atau 5.1 peratus daripada keseluruhan kes. Bagi tempoh 24 jam, Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 10 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 8,957 kematian setakat ini. Sebanyak 82 pesakit pula sembuh yang sekaligus membawa peningkatan kes pulih kepada  429,207 atau 93.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Sementara itu SINGAPURA melaporkan satu kes jangkitan dalam masyarakat kes Covid-19 setakat tengah hari Isnin, 21 Disember menjadikan 58,432 kes.…

Read More

20,085 korban di Indonesia

JAKARTA 21 Dis. – Indonesia merekodkan 205 lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif korban akibat Covid-19 meningkat kepada 20,085 orang. Jumlah kumulatif kes positif Covid-19 pula melonjak kepada 671,788 kes setelah 6,848 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Kes harian yang direkodkan Jakarta adalah 1,466 kes, Jawa Tengah 997, Jawa Timur 837, Jawa Barat 716, Sulawesi Selatan 559, Kalimantan Tengah 296, Kalimantan Timur 211, Banten 190, Yogyakarta 186 dan Kepulauan Riau 154. Berdasarkan data Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia, kes tertinggi direkodkan Provinsi Jakarta dengan 164,557 kes, dan  jumlah…

Read More

Amaran tutup pusat beli-belah

TUTUP perniagaan dan pusat membeli-belah. Itu amaran pakar-pakar di Hong Kong memberi amaran, kecuali para penduduk bekerjasama ketika negara itu berada di tengah-tengah gelombang keempat jangkitan Covid-19. Siasana di pusat  membeli-belah yang kini penuh sesak, terutama pada hujung minggu mendorong beberapa pihak meminta pemerintah menutup perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak penting dan mengurangkan waktu operasi di pusat membeli-belah. SetaKat ini Hong Kong melaporkan lebih 8,000 kes Covid-19 dengan  130 kematian. Sementara itu Hong Kong pada Isnin 21 Disember  melarang semua penerbangan dari Britain menyusuli jangkitan varian baru Covid-19 yang menular di sana.…

Read More

Lapan kluster baharu

SEBANYAK 451 kluster dilaporkan sehingga 21 Disember termasuk lapan kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 250 termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 201 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).…

Read More

Selangor dahului 1,204 kes

SELANGOR mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 1,204 kes di mana 733 adakah dari kluster sedia ada, 263 kes dari kluster baharu (Pekapuri, Batu Besar dan Tower), 119 kes saringan kontak rapat, 88 lain-lain saringan dan satu kes import. Johor merekodkan 278 kes di mana 246 kes adalah dari kluster sedia ada, 16 kes saringan kontak rapat, 15 lain-lain saringan dan satu kes import. Sabah merekodkan 247 kes yang melibatkan 21 kes dari 21 kluster sedia ada 157 saringan kontak rapat dan 69 kes lain-lain saringan Di Kuala Lumpur, sebanyak 127 kes dilaporkan…

Read More

2,018 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA 21 Dis. – Sebanyak 2,018 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 95,327 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu terdapat tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 16,496 kes. Bercakap pada sidang media hari ini, beliau memaklumkan mengenai satu  kematian baharu, melibatkan bukan warganegara di Hospital Tuaran menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 438 individu. Setakat ini, terdapat sebanyak 190 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan…

Read More

Tidak potong bekalan elektrik

PUTRAJAYA 21 Dis. – Keputusan melegakan apabila kerajaan memberi jaminan tidak akan memotong bekalan  elektrik di premis pengguna domestik di Semenanjung dan Sabah yang mempunyai tunggakan kurang daripada enam bulan. Menteri Tenaga dan Sumber Asli Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata inisiatif itu hasil kerjasama dan persetujuan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Langkah itu (sepanjang tempoh 1 Jan hingga 31 Mac 2021), akan memberi manfaat kepada 6.94 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 500,000 pengguna domestik di Sabah yang layak. “Kategori pengguna ini akan diberi kemudahan untuk membuat pembayaran secara…

Read More