Saudi catat 168 kes baharu

RIYADH 21 Dis. – Arab Saudi mencatatkan 168 baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 361,178 kes dengan 2,958 kes aktif.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah pesakit yang meninggal dunia meningkat kepada 6,131 kes berikutan sembilan lagi kematian dilaporkan.

Pada masa yang sama, sebanyak 211 kes pulih dilaporkan dalam tempoh 24 jam menjadikan 352,089 pesakit sembuh.

Daripada 168  kes baharu, Makkah merekodkan 45 kes diikuti Riyadh 31,  wilayah Timur 25 Al Bahah 15, Asir 14 dan Madinah 10.

Sementara itu,  Arab Saudi pada Ahad menggantung semua penerbangan antarabangsa selama seminggu berikutan penularan strain baharu Covid-19.

Sumber Kementerian Luar, berkata penggantungan itu mungkin akan disambung untuk tempoh seminggu lagi.

Minggu lalu, United Kingdom (UK) mengumumkan satu strain baharu Covid-19 yang mudah berjangkit, mendorong beberapa negara Eropah menghentikan perjalanan keluar dan masuk dari UK.

Tindakan Arab Saudi itu sebagai langkah berwaspada kerajaan sehingga terdapat maklumat yang jelas mengenai sifat strain baharu tersebut.

Pihak berkuasa Arab Saudi turut mengarahkan mana-mana individu yang kembali atau melalui negara Eropah dalam tiga bulan terakhir segera menjalani ujian saringan Covid-19..

Related posts

Leave a Comment