Filipina catat 1,721 kes baharu

FILIPINA setakat pukul 4 petang, 21 Disember 2020, merekodkan 1,721 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 461,505 dengan kes aktif 23,341 atau 5.1 peratus daripada keseluruhan kes.

Bagi tempoh 24 jam, Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan 10 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 8,957 kematian setakat ini.

Sebanyak 82 pesakit pula sembuh yang sekaligus membawa peningkatan kes pulih kepada  429,207 atau 93.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sementara itu SINGAPURA melaporkan satu kes jangkitan dalam masyarakat kes Covid-19 setakat tengah hari Isnin, 21 Disember menjadikan 58,432 kes.

Ini adalah kali pertama jangkitan dalam masyarakat dilaporkan di Singapura sejak 5 Disember lalu.

Sembilan kes import turut dilaporkan pada Isnin, dan kesemuanya diberikan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura.

Related posts

Leave a Comment