Amaran tutup pusat beli-belah

TUTUP perniagaan dan pusat membeli-belah. Itu amaran pakar-pakar di Hong Kong memberi amaran, kecuali para penduduk bekerjasama ketika negara itu berada di tengah-tengah gelombang keempat jangkitan Covid-19.

Siasana di pusat  membeli-belah yang kini penuh sesak, terutama pada hujung minggu mendorong beberapa pihak meminta pemerintah menutup perkhidmatan-perkhidmatan yang tidak penting dan mengurangkan waktu operasi di pusat membeli-belah.

SetaKat ini Hong Kong melaporkan lebih 8,000 kes Covid-19 dengan  130 kematian.

Sementara itu Hong Kong pada Isnin 21 Disember  melarang semua penerbangan dari Britain menyusuli jangkitan varian baru Covid-19 yang menular di sana.

Mulai tengah malam ini, tiada lagi penerbangan penumpang dari United Kingdom.

.Selain Hong Kong, beberapa negara Eropah lain, termasuk Perancis, Jerman, Itali dan Belanda sudah melarang penerbangan dari Britain. Di luar Eropah, Kanada, Iran dan Arab Saudi antara negara yang turut melarang pelancong masuk dari UK.

Related posts

Leave a Comment