Suspek tembak disambung reman 5 hari

KOTA BHARU 22 April –  Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu disambung reman lima hari mulai esok sehingga 27 April.

Perintah reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri di sini hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Sebelum ini, Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Dalam kejadian pukul 1.20 pagi 14 April lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, salah satu das tembakan itu mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, di sini, selepas 36 jam melarikan diri.

Sementara itu, suspek ketika dalam perjalanan masuk ke Mahkamah Majistret Kota Bharu berulangkali menyatakan bahawa dia masih menyayangi isterinya selain sempat memberi salam dan berterima kasih kepada pihak media.

“Assalamualaikum, Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih,” katanya.

Suspek tiba di Mahkamah Majistret Kota Bharu, di sini, dengan memakai baju lokap pada pukul 8.35 pagi dengan dikawal ketat oleh polis.

Proses sambung reman terhadap Hafizul bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Hafizul sebelum ini ditahan di depan sebuah hospital swasta di Kelantan pada pukul 3 petang 15 April lalu selepas seminggu pulang dari Arab Saudi sebelum bertindak melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, Sepang.

Dia ke Hospital Pakar Perdana untuk mengambil laporan perubatan pemeriksaan kesihatan yang dibuat seminggu sebelum kejadian tembak kerana ingin bekerja di Arab Saudi.

Siasatan mendapati, suspek pulang dari Arab Saudi dan terus Bangkok, Thailand sebelum masuk ke negara ini melalui Kelantan.

Pistol Glock 19 Austria yang digunakan suspek dalam cubaan membunuh isterinya juga dipercayai dibeli daripada lelaki Thailand dengan harga RM5,000.

Hussein dilaporkan berkata, siasatan awal polis mendapati, suspek menghubungi lelaki Thailand berkenaan melalui seorang kenalannya kira-kira dua atau tiga minggu sebelum kejadian.

Nnnnn

Related posts

Leave a Comment