Lapan kluster baharu

SEBANYAK 451 kluster dilaporkan sehingga 21 Disember termasuk lapan kluster baharu hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 250 termasuk enam kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Teja Kasih, Kluster Permatang, Kluster Kejora, Kluster Bayan, Kluster Numbak dan Kluster Danau.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 201 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 44 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Sungai Putus (507 kes), Kluster Tembok Gajah (234 kes) dan Kluster Pekapuri (202 kes).

Lapan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER  PEKAPURI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember, sejumlah 769 individu disaring, di mana 202 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  BATU BESAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 18 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember, sejumlah 546 individu disaring, di mana 59 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER  TOWER

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat dan Sepang di Selangor; daerah Titiwangsa dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Temerloh di Pahang. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 17 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember, sejumlah 1,154 individu disaring, di mana 20 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA PELANGI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 21 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 21 Disember , sejumlah 142 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER WAWASAN

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor, daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-88426) dilaporkan positif Covid-19 pada 17 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER DELIMA

Kluster ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Gombak dan Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-84410) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 21 Disember , sejumlah 51 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER J BANDAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Labuan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-87879) dilaporkan positif Covid-19 pada 16 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember, sejumlah 84 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER MAY INDAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang. Dua kes pertama bagi kluster ini (iaitu kes ke-78218 dan kes ke-78219) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Disember 2020 melalui saringan bersasar di tempat kerja. Sehingga 21 Disember, sejumlah 132 individu disaring, di mana 27 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment