2,018 kes baharu, 1 kematian

PUTRAJAYA 21 Dis. – Sebanyak 2,018 kes jangkitan harian Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 95,327 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu terdapat tujuh kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 16,496 kes.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau memaklumkan mengenai satu  kematian baharu, melibatkan bukan warganegara di Hospital Tuaran menjadikan jumlah kumulatif kes kematian kini sebanyak 438 individu.

Setakat ini, terdapat sebanyak 190 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 55 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh akibat Covid-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 1,084 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 78,393 kes.

Related posts

Leave a Comment