Kes harian di Saudi turun

RIYADH 9 Dis. -Arab Saudi merekodkan 159 kes Covid-19, terendah berbanding sebelum ini yang menjadikan jumlah kumulatif 359,274 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 13 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit yang meninggal dunia 6,002. Di samping itu, sebanyak 210 kes dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 349,624 kes atau 97.31 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada 159 kes yang dicatatkan, Riyadh mencatatkan 65 kes, , Makkah region 24 dan Madinah 22 kes..

Read More

Indonesia cecah 592,900

JAKARTA 9 Dis. – Sebanyak 6,058 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 592,900 dengan kes aktif 87,284 atau 14.7 peratus daripada kes jangkitan. Jakarta merekodkan 1.217 kes dan kumulatifnya 147.838 kes diikuti Jawa Barat 908, Jawa Tengah 735 , Jawa Timur 718 dan Kalimantan Timur 279. Jumlah kematian turut meningkat apabila 171 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 18,171 kes atau 3.1 peratus daripada jumlah kes. Jawa Timur mendahului dengan 38 kes dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 4.705 kes, Jawa Tengah…

Read More

Kes harian dijangka 1,700

PUTRAJAYA, 9 Dis — Kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) di Malaysia bagi pandemik Covid-19 dijangka berada pada tahap 0.95 hingga 1.05 dalam tempoh dua minggu lagi berbanding 0.96 yang dicatatkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata untuk tempoh itu juga, jumlah kes harian yang dijangka dicatatkan ialah kira-kira 845 hingga 1,700 jika tiada peningkatan dari segi kadar jangkitan. “Kita akan pantau dalam tempoh dua minggu ini untuk melihat perkembangan kes harian. Kalau kes lebih kurang sebagaimana yang kita jangkakan, kita boleh hidupkan ekonomi kita, tapi kalau kes bertambah kita akan…

Read More

Warga Brunei boleh ke Sabah

KOTA KINABALU 9 Dis. – Sabah membenarkan kemasukan pelancong dari Brunei Darussalam ke negeri itu berkuat kuasa serta merta, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun. Langkah itu susulan kejayaan negara itu membendung penularan wabak Covid-19 sejak tujuh bulan lalu.. Bagaimanapun, kesemua warga negara terbabit masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah. Pengembara dari negara tersebut juga akan tertakluk kepada syarat menjalani ujian RT-PCR atau RTK-Antigen tiga hari sebelum perjalanan sebagaimana yang ditetapkan dalam SOP PKPB Sabah. Keputusan ini…

Read More

Empat kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Dis. -Setakat hari ini, terdapat 396 kluster  dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang pada hari ini., kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr, Noor Hisham Abdullah. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 211  termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Gala, Kluster Harmoni, Kluster Mahkota dan Kluster Bah Kenangan. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Genting (119 kes),…

Read More

Tiga lokaliti PKPD baharu

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Tiga lokaliti di daerah Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok 10 Disember hingga 23 Disember ini. Menteri Kanan Pertahanan P Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan itu ialah Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, berikutan 55 kes positif Covid-19 direkodkan di mukim tersebut. Majoriti (kes) melibatkan pekerja warga asing di lokaliti ini dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ketiga-tiga lokaliti ini mempunyai risiko tinggi untuk berlaku penularan lebih ramai kerana kapasiti penduduk yang padat. PKPD di ketiga-tiga lokaliti ini akan melibatkan 4,351…

Read More

PKRC-MAEPS diaktif semula

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (PKRC – MAEPS 2.0) yang akan diaktifkan semula mampu menampung kapasiti sehingga 10,000 pesakit. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun jumlah itu akan dilakukan secara tiga fasa membabitkan 3,000 katil pada fasa pertama, 3,300 katil pada fasa kedua dan 3,700 katil pada fasa ketiga. Keputusan untuk mengaktifkan PKRC MAEPS 2.0 secara segera ini adalah berikutan peningkatan kes Covid-19 dengan mendadak dan pelaksanaan program saringan pekerja asing oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).…

Read More

Angkat sumpah MB esok

IPOH 9 Dis. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan, Saarani Mohamad akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah pukul 11 pagi esok, 10 Disember 2020. Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah petang ini telah memperkenan pelantikan itu setelah mempertimbang cadangan serta yakin Saarani memperoleh sokongan sebahagian besar ADUN. Sebelum itu, lapan ADUN dilihat memasuki Istana Kinta hari ini bagi menghadap Sultan Nazrin. Mereka adalah tiga ADUN Pas iaitu ADUN Gunung Semanggol, Razman Zakaria; ADUN Selama, Mohd Akmal Kamarudin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya. Ia…

Read More

959 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 9 Mac – Kembali kepada tiga angka apabila negara mencatatkan sebanyak 959 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 76,265 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 10,748 kes. Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 393 kes. Bagi kes kematian baharu, Sabah dan Johor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes lagi…

Read More