Empat kluster baharu

PUTRAJAYA 9 Dis. -Setakat hari ini, terdapat 396 kluster  dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang pada hari ini., kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr, Noor Hisham Abdullah.

Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 211  termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Gala, Kluster Harmoni, Kluster Mahkota dan Kluster Bah Kenangan.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 185 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini.

Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Jalan Genting (119 kes), Kluster Bintang (45 kes) dan Kluster Tapak Bina Muda (39 kes).

KKM juga ingin memaklumkan terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER KUPI-KUPI

Melibatkan daerah Penampang di Sabah. Kes-kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 67316 dan kes ke-67318) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 2 Disember 2020 hasil saringan individu-individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 12 individu disaring, di mana kesemua 12 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. Walau bagaimanapun, pengenalpastian kontak rapat masih giat dijalankan oleh pihak berkuasa.

  • KLUSTER TAPAK BINA IKON BINTANG

Melibatkan daerah Lembah Pantai dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak pembinaan. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 532 individu  disaring, di mana 12 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BANDAR IMPIAN

Melibatkan daerah Kluang di negeri Johor, daerah Pasir Puteh di negeri Kelantan dan daerah Kuala Kangsar di negeri Perak. Kes indeks (iaitu kes ke-67156) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Disember 2020. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 58 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KEMANG

Melibatkan daerah Port Dickson di Negeri Sembilan. Kes indeks (iaitu kes ke-71123) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 5 Disember 2020 melalui saringan individu bergejala. Sehingga 9 Disember 2020, sejumlah 257 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment