Tiga lokaliti PKPD baharu

KUALA LUMPUR 9 Dis. – Tiga lokaliti di daerah Bentong, Pahang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok 10 Disember hingga 23 Disember ini.

Menteri Kanan Pertahanan P Ismail Sabri Yaakob berkata kawasan itu ialah Ria Apartment, Amber Court Apartment dan rumah kongsi Kampung Semaut, berikutan 55 kes positif Covid-19 direkodkan di mukim tersebut.

Majoriti (kes) melibatkan pekerja warga asing di lokaliti ini dan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati ketiga-tiga lokaliti ini mempunyai risiko tinggi untuk berlaku penularan lebih ramai kerana kapasiti penduduk yang padat.

PKPD di ketiga-tiga lokaliti ini akan melibatkan 4,351 penduduk.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata PKPD di Taman Telipok Ria, Tuaran, Sabah akan dilanjutkan selama 14 hari lagi dari 11 hingga 24 Dis ini, atas nasihat dan penilaian risiko KKM.

Related posts

Leave a Comment