Indonesia cecah 592,900

JAKARTA 9 Dis. – Sebanyak 6,058 lagi kes baharu Covid-19 dilaporkan di Indonesia menjadikan jumlah kumulatif kes meningkat kepada 592,900 dengan kes aktif 87,284 atau 14.7 peratus daripada kes jangkitan.

Jakarta merekodkan 1.217 kes dan kumulatifnya 147.838 kes diikuti Jawa Barat 908, Jawa Tengah 735 , Jawa Timur 718 dan Kalimantan Timur 279.

Jumlah kematian turut meningkat apabila 171 lagi pesakit meninggal dunia yang menjadikan jumlah keseluruhan 18,171 kes atau 3.1 peratus daripada jumlah kes.

Jawa Timur mendahului dengan 38 kes dan kumulatifnya yang tertinggi sebanyak 4.705 kes, Jawa Tengah 37, Jakarta 18, Jawa Barat 16 dan Maluku tujuh kes.

Sementara itu, jumlah pesakit sembuh terus menunjukkan peningkatan apabila 3,948 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah terkumpul 487.445 orang atau 82,4 peratus daripada jumlah kes.

Jakarta merekodkan 1.064 kes sembuh dan kumulatifnya masih tertinggi iaitu 133.230 kes diikuti Jawa Barat 546 kes, Jawa Timur 358, Sumatera Barat 230, Yogyakarta 218 dan Jawa Tengah 158.

Related posts

Leave a Comment