959 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 9 Mac – Kembali kepada tiga angka apabila negara mencatatkan sebanyak 959 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 76,265 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu terdapat enam kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 10,748 kes.

Menurut Dr Noor Hisham, terdapat pertambahan lima kes kematian baharu akibat Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 393 kes.

Bagi kes kematian baharu, Sabah dan Johor masing-masing mencatatkan dua kes manakala satu kes lagi melibatkan di Selangor.

Setakat ini, terdapat sebanyak 127 kes yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 61 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Kes sembuh akibat Covid-19 mencatatkan pertambahan sebanyak 1,068 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sebanyak 65,124 kes.

Related posts

Leave a Comment