230 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 3 Dis. – Arab Saudi merekodkan 230 kes jangkitan Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 249 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 358,102 kes dengan kes aktif 4,291 di mana 607 kritikal. Sebanyak 11 kematian dilaporkan, catatan yang lebih rendah berbanding hari-hari lain dan ini menjadikan jumlah kumulatif 5,930 kematian. Kementerian juga melaporkan 368 kes pesakit sembuh yang membawa kepada 347,881 pesakit pulih atau 97.14 peratus daripada jumlah kes. Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 78 kes diikuti Makkah 42, …

Read More

1,061 kes baharu Filipina

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini 3 Disember 2020, merekodkan 1,061 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 434,357 kes. Menurut Jabatan Kesihatan, terdapat 10 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menambah kes kematian kepada 8,446 atau 1.94 peratus daripada jumlah kes. Sebanyak 328 pesakit sembuh menjadikan 399,325 pesakit yang dijangkiti pulih atau 91.7 peratus daripada jumlah mes. Kes aktif pula adalah 27,642. Sementara itu THAILAND merekodkan 13 kes baharu yang melibatkan kes import selepas kepulangan dan ketibaan mereka dari luar negara. Mereka termasuk enam wanita Thai yang…

Read More

8,369 kes harian di Indonesia

JAKARTA 3 Dis. – Buat pertama kalinya, Indonesia mencatatkan lebih 8,000 kes jangkitan baharu Covid-19 , tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac 2020. Menurut data yang dikeluarkan, sebanyak 8,369 kes baharu direkodkan yang membawa jumlah keseluruhan 557,877 kes. Rekod tertinggi kes harian sebelum ini ialah pada 29 November lepas iaitu 6,267 kes Pada masa yang sama, sebanyak 462,553 pesakit sembuh, manakala 69,027 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan. Bagi tempoh pukul 12 tengah hari semalam sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 156 lagi kematian dicatatkan, menjadikan…

Read More

Empat kluster baharu

SETAKAT 3 Disember 2020, terdapat 373 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 189 termasuk tiga yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 184 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Usaha (84 kes), Kluster Kaya (74 kes) dan Kluster Hentian (60 kes). Terdapat empat kluster baharu yang…

Read More

Minda umat yang mundur

VAKSIN: MINDA UMAT YANG MUNDUR Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis Hari ini saya terlibat dengan satu perbincangan peringkat kebangsaan berhubung dengan vaksin untuk COVID-19 samada halal atau haram. Saya telah memberikan pandangan saya dalam perbincangan tersebut. Alhamdulillah, perbincangan berlaku dengan baik. Saya rasa saya perlu ulangi dan ungkapkan kembali pandangan saya tentang isu yang seperti ini sejak dahulu yang telah saya nyatakan dalam pelbagai tulisan saya: 1. Sejak dahulu, saya menzahirkan rasa sedih saya apabila datang isu-isu yang seperti ini. Islam adalah agama yang…

Read More

Kembali 4 angka, 11 kematian

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali kepada empat angka selepas merekodkan 1,075 kes menjadikan jumlah keseluruhan  69,095 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 10,802 kes. Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia hari ini yang membawa kepada peningkatan kes kematian kepada 376. Daripada jumlah kematian tersebut, lima kes daripadanya dicatatkan di Hospital Sungai Buloh, dua kes di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor, dua kes (Hospital…

Read More

Tak pasti jangan sebar

KETIKA ramai yang tertanya-tanya adakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau dilanjutkan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk bergurau atau lebih tepat menyebarkan maklumat palsu. Lebih malang, ada pula yang menyebar luaskan maklumat itu tanpa usul periksa mengenai kesahihannya. Hakikatnya, hasrat untuk menipu itu tidak menampakkan kebenarannya. Bagaikan orang nak tipu tetapi tidak kena cara. Tanpa fakta. Namun begitu maklumat palsu terus tular. Mungkin yang menciptanya tidak buat semakan. Begitu juga yang membaca kemudian menyebarkannya. Makluman yang diberi ada cacatnya. Paling ketara digunakan PKPD sedangkan apa yang sedang berlaku…

Read More

Imbasan 2018 ..cerita semalam.

03.12.2018 : AHAD & TUGAS Semalam, Ahad jika tidak bercuti, biasanya selepas Zuhur saya akan melangkah ke pejabat. Dan jika bercuti, akan mula merangka bahan untuk diselak. Jika perlu maklumat tambahan, saya akan WhatsApp rakan Pusat Maklumat sama ada Rozi, Ishak, Kamaruzaman. Biasanya, ayat Assalamualaikum. Kerja? atau Siapa kerja hari ni? Biasanya respons tidak mengecewakan, cuma lambat atau cepat. Mereka sudah tahu maksudnya. Mereka akan membantu atau menyenaraikan siapa bertugas. Begitulah rutin Ahad. Sampai di pejabat, bahan yang diminta siap sama ada di atas meja atau melalui e-mel. Bermulalah kerja…

Read More