8,369 kes harian di Indonesia

JAKARTA 3 Dis. – Buat pertama kalinya, Indonesia mencatatkan lebih 8,000 kes jangkitan baharu Covid-19 , tertinggi sejak kes pertama dikesan pada 2 Mac 2020.

Menurut data yang dikeluarkan, sebanyak 8,369 kes baharu direkodkan yang membawa jumlah keseluruhan 557,877 kes.

Rekod tertinggi kes harian sebelum ini ialah pada 29 November lepas iaitu 6,267 kes

Pada masa yang sama, sebanyak 462,553 pesakit sembuh, manakala 69,027 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.

Bagi tempoh pukul 12 tengah hari semalam sehingga pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 156 lagi kematian dicatatkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 17,355 orang.

Provinsi Jakarta menjadi wilayah tertinggi untuk kes positif keseluruhan iaitu 140,238 dengan 1,153 kes baru, manakala provinsi Jawa Timur mencatatkan kes keseluruhan kematian tertinggi iaitu 4,493 orang.

Sementara itu, pemerintah menjelaskan pertambahan kes mendadak itu juga ada kaitan dengan sistem dan usaha untuk mengoptimumkan penggunaan data untuk diselaraskan dengan daerah-daerah negara itu.

Related posts

Leave a Comment