KETIKA ramai yang tertanya-tanya adakah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditamatkan atau dilanjutkan, ada pihak yang mengambil kesempatan untuk bergurau atau lebih tepat menyebarkan maklumat palsu.
Lebih malang, ada pula yang menyebar luaskan maklumat itu tanpa usul periksa mengenai kesahihannya.
Hakikatnya, hasrat untuk menipu itu tidak menampakkan kebenarannya. Bagaikan orang nak tipu tetapi tidak kena cara. Tanpa fakta.
Namun begitu maklumat palsu terus tular. Mungkin yang menciptanya tidak buat semakan. Begitu juga yang membaca kemudian menyebarkannya.
Makluman yang diberi ada cacatnya. Paling ketara digunakan PKPD sedangkan apa yang sedang berlaku PKPB. Tempoh PKPB dijadualkan tamat 6 Disember ini.