1,061 kes baharu Filipina

FILIPINA setakat pukul 4 petang hari ini 3 Disember 2020, merekodkan 1,061 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 434,357 kes.

Menurut Jabatan Kesihatan, terdapat 10 lagi pesakit meninggal dunia dan ini menambah kes kematian kepada 8,446 atau 1.94 peratus daripada jumlah kes.

Sebanyak 328 pesakit sembuh menjadikan 399,325 pesakit yang dijangkiti pulih atau 91.7 peratus daripada jumlah mes.

Kes aktif pula adalah 27,642.

Sementara itu THAILAND merekodkan 13 kes baharu yang melibatkan kes import selepas kepulangan dan ketibaan mereka dari luar negara.

Mereka termasuk enam wanita Thai yang pulang dari Myanmar dan yang lain tiba dari India, Mexico, Netherlands, Pakistan, Sweden dan Amerika Syarikat.

Dengan perkembangan ini jumlah kes keseluruhan yang dicatatkan negara itu adalah sebanyak 4,039.kes.

Daripada 4,039 kes, sebanyak 3,832 atau 94.8 peratus dilaporkan sembuh termasuk 10 pesakit yang pulih hari ini manakala 147 masih di hospital. Jumlah kematian pula kekal 60.

SINGAPURA pula merekodkan sembilan kes baharu Covid-19 termasuk satu kes jangkitan tempatan yang tinggal di asrama.

Lapan lagi merupakan kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah sebaik tiba di Singapura.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura sebanyak 58,239.

Related posts

Leave a Comment