230 kes harian di Arab Saudi

RIYADH 3 Dis. – Arab Saudi merekodkan 230 kes jangkitan Covid-19 hari ini, kurang sedikit berbanding 249 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan setakat ini adalah sebanyak 358,102 kes dengan kes aktif 4,291 di mana 607 kritikal.

Sebanyak 11 kematian dilaporkan, catatan yang lebih rendah berbanding hari-hari lain dan ini menjadikan jumlah kumulatif 5,930 kematian.

Kementerian juga melaporkan 368 kes pesakit sembuh yang membawa kepada

347,881 pesakit pulih atau 97.14 peratus daripada jumlah kes.

Sementara itu, Riyadh merekodkan kes tertinggi iaitu 78 kes diikuti Makkah 42,  wlayah Timur 29 dan Madinah 20 kes.

Related posts

Leave a Comment