Kembali 4 angka, 11 kematian

KUALA LUMPUR: Jumlah kes jangkitan Covid-19 kembali kepada empat angka selepas merekodkan 1,075 kes menjadikan jumlah keseluruhan  69,095 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini menjadi 10,802 kes.

Sebanyak 11 lagi pesakit meninggal dunia hari ini yang membawa kepada peningkatan kes kematian kepada 376.

Daripada jumlah kematian tersebut, lima kes daripadanya dicatatkan di Hospital Sungai Buloh, dua kes di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang Johor, dua kes (Hospital Duchess Of Kent, Sabah), dan bakinya masing-masing di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban dan Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.

Setakat ini, 116 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 46 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dalam pada itu, jumlah kes pulih terus catat pertambahan dengan sebanyak 948 kes sembuh menjadikan keseluruhan kes sembuh akibat Covid-19 kini 57,917 kes.

Related posts

Leave a Comment