Empat kluster baharu

SETAKAT 3 Disember 2020, terdapat 373 kluster dilaporkan termasuk empat kluster baharu yang dilaporkan pada hari ini. Jumlah kluster yang tamat pula adalah sebanyak 189 termasuk tiga yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bukit, Kluster Tujuh Serangkai dan Kluster Laut.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 184 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 43 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Usaha (84 kes), Kluster Kaya (74 kes) dan Kluster Hentian (60 kes).

Terdapat empat kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER MONSOON

Kluster ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes indeks (iaitu kes ke-63687) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember, sejumlah 106 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KILANG

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes-kes awal dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula 15 November 2020 hasil saringan tempat kerja di sebuah kilang. Sehingga 3 Disember, sejumlah 104 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERDANA ENAM

Kluster ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-53954) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 213 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KUBOTA

Kluster ini melibatkan daerah Tawau  di Sabah. Kes indeks (iaitu kes ke-59101) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 25 November 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 3 Disember 2020, sejumlah 72 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment