10 kes baharu di Singapura

KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) Singapura mengesahkan 10 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, 1 Disember 2020 dengan lapan kes import dan dua tempatan yang membawa jumlah keseluruhan kes 58,228. Dalam satu kenyataan, MOH menyatakan salah satu kes jangkitan tempatan melibatkan wanita berusia 66 tahun, pekerja pembersihan di kawasan persinggahan Terminal 3 Lapangan Terbang Changi. Beliau tidak menunjukkan simptom dan dikesan melalui ujian rutin berjadual (RRT) dua minggu sekali bagi pekerja barisan hadapan. Di tempat kerja, wanita itu menggunakan peralatan perlindungan peribadi termasuk pelitup, pelindung muka, sarung tangan dan baju panjang manakala…

Read More

5,092 kes harian Indonesia

KEMENTERIAN Kesihatan (MoH) Indonesia melaporkan 5,092 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 543,975 kes. Menurut MoH, jumlah kematian juga meningkat kepada 17,081 kes apabila 136 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Pada masa yang sama jumlah pesakit sembuh turut meningkat kepada 454,879 apabila 4,361 pesakit dilaporkan sembuh sementara kes aktif pula 72,015. Sementara itu, Provinsi Jakarta merekodkan 1,058 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 137,919 diikuti Jawa Barat 878 kes (53,395) Jawa Tengah 730 (56,626), Jawa Timur 430 (62,313), Riau 163 (20,238). Bagi kes kematian pula, Jawa Timur mendahului…

Read More

Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 1 Dis. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 263 kes berbanding 232 yang dicatatkan semalam. Mengikut rekod sebelum ini, jumlah kes yang dicatatkan pada Sabtu dan Ahad adalah 220 dan 217 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Arab Saudi ketika ini adalah 357,623 sementara kes aktif 4,540 di mana 649 kritikal. Kes kematian pula meningkat kepada 5,907 kes apabila 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia. Di samping itu, sebanyak 374 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 347,176 kes…

Read More

Kes di Sabah cecah 29,038

KOTA KINABALU 1 Dis. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 267 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,038 kes. Tiga kes kematian juga dilaporkan iaitu dua kes di daerah Kota Kinabalu dan satu kes di daerah Tawau. Terdapat dua kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster View Kolombong mencatatkan sebanyak 31 kes menjadikan jumlah kumulatif 40 kes; dan Kluster Talang-Talang mencatatkan satu kes hari ini dan jumlah kumulatif 18 kes. Daripada 267 kes positif hari ini, 116 kes (43.45%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 54 kes…

Read More

Dua kluster baharu di Sabah

PUTRAJAYA 1 Dis. – Dua lagi kluster baharu dikesan di Sabah, melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran, menjadikan sejumlah 364 kluster dilaporkan sehingga hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Kluster View Kolombong di daerah  Kota Kinabalu dan Tuaran dengan kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada hari ini, hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini, sejumlah 76 individu disaring, dengan 40 kes dikesan positif. Kluster kedua ialah Kluster Talang-Talang melibatkan daerah Kota Kinabalu, dengan kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 23 November lepas hasil saringan individu bergejala. Sehingga hari ini,  67 individu…

Read More

Selangor 891 kes, tertinggi

PENULARAN kes Covid-19 mengikut negeri menyaksikan Selangor sebagai negeri tertinggi dengan pertambahan sebanyak 891 kes diikuti Sabah (267 kes) dan Negeri Sembilan (146 kes). Di Selangor, sebanyak 795 kes adalah dari kluster sedia ada, 39 saringan kontak rapat, 55 lain-lain saringan dan dua kes import. Sabah pula merekodkan 22 kes dari kluster sedia ada, 33 kluster baharu (View Kolombong dan Talang-Talang), 118 saringan kontak rapat dan 94 lain-lain saringan Negeri Sembilan pula merekodkan 144 kes dari kluster sedia ada dan dua lain-lain saringan.

Read More

1,472 kes baharu 10,495 aktif

KUALA LUMPUR 1 Dis. – Kes positif Covid-19 kekal empat angka, dengan 1,472 kes baharu direkodkan yang sebahagian besar daripadanya adalah daripada Kluster Teratai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. “Kluster Teratai sahaja pada hari ini telah melaporkan sebanyak 778 kes (52.9 peratus) daripada keseluruhan jumlah kes harian untuk negara dan menyumbang kepada 87.3 peratus daripada kes harian yang dilaporkan di negeri Selangor (891 kes),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.  Bagaimanapun sebanyak 1,552  kes sembuh dilaporkan hari ini dan masih mengatasi angka kes positif.  Beliau berkata secara keseluruhan…

Read More

Kes 151 di Brunei Darussalam

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 1 Disember 2020 menjadikan 151 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu. Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar dalam sidang media petang ini memaklumkan, kes import ke-10 itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun. Wanita itu tiba dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 20 November lalu menggunakan penerbangan Royal Brunei BI874. Katanya, ini menjadikan tiga kes aktif yang sedang menerima rawatan manakala 145 pesakit sembuh dan tiga kematian direkodkan. Beliau memberitahu, dua kontak terdekat sudah dikesan dan…

Read More

Dua tahun sesudah VSS Utusan

ASSALAMUALAIKUM sahabat-sahabat VSS. Sudah dua tahun, lebih 700 pekerja Utusan Melayu (Malaysia) Berhad memilih skim pemberhentian sukarela (VSS). Namun pampasannya belum menjadi kenyataan. Bayaran pampasan tersekat di ‘awal perjalanan’ dan terus teraba-raba bagaikan di dalam terowong. Belum nampak sinarnya kecuali baru-baru ini muncul i-Sinar. Dalam tempoh penantian ini, ada sahabat VSS yang sudah meninggal dunia. Ada juga yang sedang terlantar sakit. Ada yang masih menganggur. Ada yang sedang menghabiskan simpanan hari tua mereka – caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Dan ada juga yang sudah layak sebagai asnaf. Kita merancang,…

Read More