Peningkatan kes di Arab Saudi

RIYADH 1 Dis. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan hari ini apabila merekodkan 263 kes berbanding 232 yang dicatatkan semalam.

Mengikut rekod sebelum ini, jumlah kes yang dicatatkan pada Sabtu dan Ahad adalah 220 dan 217 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Arab Saudi ketika ini adalah 357,623 sementara kes aktif 4,540 di mana 649 kritikal.

Kes kematian pula meningkat kepada 5,907 kes apabila 11 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Di samping itu, sebanyak 374 pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 347,176 kes pulih atau 97.07 daripada keseluruhan jangkitan.

Daripada jumlah kes jangkitan hari ini, Riyadh merekodkan 62 kes diikuti Makkah  52, Madinah 41, dan wilayah Timur Saudi 40 kes..

Related posts

Leave a Comment