Kes di Sabah cecah 29,038

KOTA KINABALU 1 Dis. – Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 267 kes positif baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 29,038 kes.

Tiga kes kematian juga dilaporkan iaitu dua kes di daerah Kota Kinabalu dan satu kes di daerah Tawau.

Terdapat dua kluster baharu di daerah Kota Kinabalu iaitu Kluster View Kolombong mencatatkan sebanyak 31 kes menjadikan jumlah kumulatif 40 kes; dan Kluster Talang-Talang mencatatkan satu kes hari ini dan jumlah kumulatif 18 kes.

Daripada 267 kes positif hari ini, 116 kes (43.45%) adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 54 kes (20.22%) daripada saringan kluster baharu dan sedia ada, saringan bergejala 31 kes (11.61%), saringan komuniti 40 kes (14.98%) dan 26 kes (9.74%) adalah dari lain-lain kategori.

Related posts

Leave a Comment