Kes 151 di Brunei Darussalam

BRUNEI DARUSSALAM merekodkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini, 1 Disember 2020 menjadikan 151 kes sejak pandemik itu dilaporkan pada 9 Mac lalu.

Menteri Kesihatan, Dr. Md. Isham Jaafar dalam sidang media petang ini memaklumkan, kes import ke-10 itu melibatkan seorang wanita berusia 26 tahun.

Wanita itu tiba dari Nepal melalui Kuala Lumpur pada 20 November lalu menggunakan penerbangan Royal Brunei BI874.

Katanya, ini menjadikan tiga kes aktif yang sedang menerima rawatan manakala 145 pesakit sembuh dan tiga kematian direkodkan.

Beliau memberitahu, dua kontak terdekat sudah dikesan dan kedua-duanya negatif.

Dr. Md Isham juga memaklumkan, hari ini adalah hari ke 209 Brunei Darussalam tanpa jangkitan tempatan sejak kes jangkitan terakhir direkodkan pada 6 Mei lalu.

Ketika ini, sebanyak 484 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori di pusat-pusat pemantauan selepas tiba dari luar negara.

Setakat ini, 8,684 telah menamatkan pengasingan.

Related posts

Leave a Comment