Selangor dahului negeri lain

.PUTRAJAYA 21 Nov. – Tiga negeri mencatatkan kes tertinggi hari ini iaitu Selangor dengan 402 kes (38.6 peratus), diikuti Sabah 346 kes (33.2 peratus) dan Negeri Sembilan 121 kes (11.6 peratus).

Kes positif Covid-19 yang tinggi di Selangor berpunca daripada pertambahan kes bagi Kluster Teratai iaitu sebanyak 298 kes (74.1 peratus).

Perincian 1,041 kes positif Covid-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 21 November 2020 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 402 kes 
    • 363 kes daripada kluster-kluster, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Harapan;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 20 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 346 kes 
    • 43 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 148 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 155 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Negeri Sembilan: 121 kes 
    • 119 kes daripada kluster-kluster sedia ada;  dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-1
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 68 kes  
    • 44 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.  
  • Johor: 33 kes 
    • 20 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kota Kecil;
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Perak: 29 kes  
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Tujuh (7) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 17 kes 
    • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: 12 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sky Coklat; dan
    • Enam (6) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: Tujuh (7) kes daripada  kluster sedia ada.
  • Kedah: Enam (6) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster sedia ada; dan
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua (2) kes  daripada lain-lain saringan Covid-19. 

Related posts

Leave a Comment