Kes meningkat di Indonesia

JAKARTA 7 Nov. – Indonesia terus mencatatkan pertambahan kes jangkitan Covid-19 apabila merekodkan 4,262 kes baharu hari ini yang menjadikan kumulatifnya sebanyak 433,836 dengan kes aktif 54,879. Provinsi Jakarta menambah 1,118 kes menjadikan kumulatif 111,201 diikuti Jawa Tengah 489 (37,080), Jawa Barat 476 (39,614), Jawa Timur 269 (54,349), Kalimantan Timur 265 (15.405). Sebanyak 98 kematian dilaporkan yang membawa jumlah kumulatifnya mencapai 14,540 kes. Jawa Tengah merekodkan 28 kematian dan kumulatifnya ketiga tertinggi iaitu 1,859 kes diikuti Jawa Timur 14 kes dengan kumulatif tertinggi iaitu 3,884 kes. Jakarta menambah 11 kes…

Read More

407 kes baharu di Saudi

RIYADH 7 Nov. – Arab Saudi merekodkan 407 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 350,229 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, 19 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 5,525.kematian. Sebanyak 433 kes sembuh dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada 336,966 pesakit pulih.. Kes aktif pula 7,738 di mana 758 kritikal. Riyadh merekodkan 64 kes diikuti Madinah 43, Jeddah  41, Makkah 27, Hail 23, dan Yanbu 20.

Read More

Thailand catat 12 kes

THAILAND merekodkan 11 kes import dan satu kes tempatan jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan negara itu setakat ini adalah sebanyak 3,830 kes. Jumlah kematian pula kekal 60. Kes tempatan dikesan di Krabi yang melibatkan seorang lelaki warganegara India, 37 yang bekerja di restoran sebuah resort di wlayah itu Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) lelaki itu diuji positif pada Rabu apabila dia mengambil ujian saringan kesihatan untuk mendapatkan permit kerja. Media melaporkan, lelaki itu tiba di Thailand tiga bulan lalu dan tidak pulang ke negaranya. Sebanyak 19 orang…

Read More

PKPB bantu kekang penularan

PUTRAJAYA 7 Nov.- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dapat membantu mengekang penularan Covid-19 di negara ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau yang menolak tanggapan PKPB gagal mengekang penularan wabak sebaliknya berkata,kaedah itu berjaya menurunkan kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) atau R-naught (R0) daripada 2.2 pada permulaan gelombang ketiga Covid-19 kepada 1 ketika ini. “Kalau kita lihat dari permulaan gelombang ketiga dan dalam tempoh dua minggu (PKPB dilaksanakan), langkah itu telah berjaya kurangkan kadar kebolehjangkitan,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19. Katanya, lonjakan 1,755 kes yang direkodkan semalam disebabkan…

Read More

616 kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 7 Nov. –  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah melaporkan jumlah kes positif baharu Covid-19 di negeri ini adalah sebanyak 616 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 19,898 kes. Tiga kematian dicatatkan iaitu dua dua di Kota Kinabalu dan satu di Kudat. Pada hari ini, seramai 780 pesakit Covid-19 discaj / sembuh dari hospital manakala seramai 3,233 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 733 orang di hospital dan 2,500 orang di PKRC. Bilangan pesakit Covid-19 dalam ICU ialah 67 orang dan 15 orang pula memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated) Daerah Kota Marudu…

Read More

Empat lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 7 Nov. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini mengesan empat lagi kluster baharu Covid-19 melibatkan negeri Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata di Sabah, Kluster Softwood LD di Lahad Datu membabitkan kes indeks (ke-34,985) yang dikesan positif Covid-19 hasil saringan individu bergejala pada 30 Oktober lepas. Beliau berkata hasil saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif Covid-19 dan semua yang terlibat dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah PPR Payang, Lahad Datu. Sehingga 12 tengah hari ini,…

Read More

Kluster aktif catat 640 kes

SEBANYAK 41 kluster aktif termasuk empat kluster baharu melaporkan kes baharu. Daripada 1,168 kes baharu, 640 kes dilaporkan dari kluster-kluster aktif. Sebanyak 229 kes (19.6 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan klusterkluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara. Ini melibatkan Kluster PTS Tawau (121 kes), Kluster Penjara Sandakan (91 kes), Kluster Penjara Kepayan (8 kes), Kluster Tembok (6 kes), dan Kluster Penjara Seberang Perai (3 kes).

Read More

247 kes baharu di Selangor

SELANGOR merekodkan 247 kes baharu di mana 96 kes daripada kluster sedia ada, 58 daripada kluster Teratai (baharu). Sebanyak 65 saringan kontak rapat kes positif Covid-19 dan baki 28 daripada lain-lain saringan. Klang mencatatkan kes tertinggi iaitu 121, Petaling, 35, Sepang dan Hulu Langat masing-masing 31, Gombak 14, Kuala Langat 12, Kuala Selangor 2 dan Hulu  Selangor 1. Tiada kes di Sabak Berna. Sementara itu, Kuala Lumpur merekodkan 28 kes baharu yang meliputi 13 kes di Kepong, Titiwangsa-4, Cheras-3 dan Lembah Pantai-8 Daripada 28 kes baharu, 6 dikesan dalam kluster…

Read More

Jumlah terkini 39,357 kes

PUTRAJAYA 7 Nov.  – Kes baharu Covid-19 kekal empat angka, apabila merekodkan 1,168 kes dengan jumlah kes aktif kebolehjangkitan 11,666 kes. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu hari ini adalah penularan dalam negara dan tiada kes import dilaporkan. Terdapat tiga lagi kematian baharu akibat wabak itu menjadikan jumlah keseluruhan maut, 282 kes. Beliau berkata semua kes maut itu melibatkan warga negara yang meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth, Sabah. Katanya, sehingga kini, terdapat 87 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 32 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. Jumlah kes sembuh wabak…

Read More